Thursday, May 29, 2014

mop..gosok..dan lap

mood kelam..
baru hantar assignment..
5 assignment..siap dalam satu malam..
run sas.analysis..interprete..
kira manual..
mari jadi zombie.

sambil mop,gosok,lap blog yg dah penuh habuk 10 inci..

Friday, August 2, 2013

titik penghujung

Bismillahirrahmanirrahim.
menghampiri penghujung bulan berkah.
masih bersama kah aku untuk menghayati bulan penuh berkah ini tahun depan.
semoga Allah panjangkan usia ku.

shortsem yang dikejar pun sudah pada penghujung.
struggle untuk dimuntahkan segala ilmu yg ada pada kertas final.
ISNIN.
final untuk dua paper.
experimental design dan agricultural economics.
terima kasih untuk Dr.Pedram Kashiani  dan Dr Nolila.
sebab sanggup mengorbankan masa untuk mengajar kami.
dalam waktu yang singkat.
semoga Allah memberkati lecturer kami.
buat yang bakal menghadapi Dr Pedram sem depan.
percayalah Dr.Pedram sgt baik.
x seperti yg orang cakap.
mungkin beliau stress sebab kelas ramai dan bising.
dr.pedram akan ajar anda satu persatu setiap teori.
anda akan tau semuanya berguna.
percayalah.
untuk dr.nolila pula.sentiasa cantik bersemangat.

tenang.
akan muncul segala pengakhiran yang baik.
percaya.
berkat kesabaran.
tabahkan hatimu.
yakin akan sesuatu.
bila kebaikan mu itu tidak dihargai lupakan semua.
jangan sampai dirimu dipijak.
semoga aku terus kukuh.
kukuh dalam iman.
jika aku hidup dalam iman.
matikan aku juga dalam iman.
Ameen.

Selamat Hari Raya!
6days to go!

Friday, June 14, 2013

hilang

Bismillahirrahmanirrahim.
fuh fuh fuh fuh..
tiup habuk2..
lama x menaip.sekarang?
minggu final exam..3more to go.
fighting!

1st of all.
Al-fatihah buat sahabat.
faiz shafie..
tamatlah perjuangan mu sebagai pejuang islam.
hilang lah semua rasa sakit yg kau tanggung..
semoga syurga ganjaran mu..
Ya Allah tempatkan hamba mu ini dikalangan org yg beriman.
ampuni segala dosanya..
terimalah amal ibadahnya.

sebenarnya dah hampir seminggu..
setelah sebulan lebih sakit kesan accident time pru13 aritu.
semangat berkobar nak balik mengundi 1st time.
tapi kita hanya mampu merancang.

sedih tu memang..x sangka..terkejut..semua..
yelah dulu Allahyarham ni lah kami duk kacau.
nak2 begerian..
selalu lah mengusik..dia pulak suka mengarut.
teringat dia ckp kt ktorg..
nak isteri mcm nora danish,shila amzah.
Allah..
semoga kau perolehi bidadari syurga seperti yg kau inginkan

time bru seminggu lepas accident tu..
kami ni begerian sempat lah pergi melawat kt kelantan.
gagah.gigih.berani.cekal.
drive kereta sendiri.
9orang perempuan gigih drive sendiri ke kelantan.lalu jalan merapoh-kuala lipis tu.
tapi ada lah van fakulti.
kami follow van fakulti..start gerak pukul 6 ptg..
aku sebenarnya x suka gerak time org balik kerja,,
tp xpelah..
nak gerak dgn orang kena follow jelah..
begerian yg boleh drive pon berapa ketul je.
dua kereta..
aku shila yana ecah.
dengan kudrat yg ada sebab rasa bersalah byk buli Allahyarham.
kami drive smpai ke kelantan 12jam kemudian,
sampai2 duduk rumah pina sementara tunggu waktu melawat..
sedih tgk keadaan dia..
tangan terpaksa ikat..Dr ckp aktif sgt..


time kami melawat tu..dia dah sedar..dah boleh cakap.
nak masuk icu.kena masuk sikit2..2,3 orang sekali masuk.
so kami budak2 asasi ni pon masuk lah.
banyak sangat nak cakap..

gembira sangat dia kami melawat..fiza cakap kat dia ktorg geng2 asasi dtg melawat.
dia gembira sgt..
zul cakap dah zohor ni faiz..nak solat jemaah x..dia nak sangat.
dengan pina paling banyak dia cakap.
dia siap ckp nk jumpa ustaz azhar..
T_T

lepas melawat makan2 trus balik serdang balik..
esoknya dapat mesej ckp faiz dah boleh keluar wad biasa.
dah start makan bubur.
Alhamdulillah..

tapi sebaik perancang itu Allah..
seminggu lpas tu dia koma balik.
sampai lah penghujung usia dia minggu lepas.
seorang yg baik..baik sangat..
teringat apa yg dia buat time kt ladang kat aku dgn shila.

Al-fatihah untuk Allahyarham.
semoga dosanya diampunkan.
ditempatkan dikalangan org2 soleh..

Ameen..

p/s:
tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
memori indah kita bersama terus bersemadi
kau sahabatku kau teman sejati.

moga amanlah dan bahagia dikau di sana
setangkai doa juga fatihah terus ku kirimkan
moga di sana kau bersama para solehin


Thursday, March 28, 2013

ukhwah itu manis





lebih manis bila di uji.
please respect.
im just asking for spaces n times.

#siapsiapnakjadipembunuhnakbunuhzah

Monday, March 4, 2013

Dinner Enibeseri

18 Februari.
tarikh tu dah sepakat untuk jadi tarikh enibeseri.
nampak x kegelabahan di situ.
sampai nak kena sambut bagai kan.
tapi xpe boleh lepak2 makan borak semua bagai.
enjoy makan walau ada pakcik2 annoy makan sebelah meja cakap ktorg kuat makan.
memang pon.
time paling best makan kt bogor semua murah2 dan enak bangat ya!
terima kasih untuk semua kenangan.
love u all.
oh muna xdpt join sebab balik umah abang dia kat shah alam.




bukan semua ada dalam gambar ni.
steamboat antarabangsa seksyen 9.
rm 23 satu kepala.sebenarnya rm25  tp dpt murah untuk 10 orang.


pemakan tegar.


peminat tegar lala udang sotong.


paling syok yg tengah tuhhh.lihat aja bibirnya.


lihat lagi muka dia.sesi beramah mesra.


yesss tu pakcik tuh yg ckp ktorg makan byk.



kegembiraan semua makan melantak sampai bgun pagi esok pening



sesi ramah mesra terakhir before meroyan merayap ke uptown jalan reko.

see ya!!!








Tuesday, February 26, 2013

ANNIVERSARY

Assalamualaikum.
wah lama dh tinggal..datang balik nih.
actually it should be on 18th feb.but never mind.
bila2 pon boleh.

Institut Pertanian Bogor.
place where we're known each other very well.
we share everything together.
happiness,sorrow, joyful all..
this place where we become close.
one year back.
the day we went for some "visit"
Alhamdulillah.
everything going fine and we're back for good.
semoga ukhwah terjalin terus kukuh.
jgn meroyan terlebih.
n going to have special dinner on this coming thursday night.
girls night out.















Wednesday, February 13, 2013

just happy.

Assalamualaikum.
masih Alhamdulillah sihat dan mampu bergerak.
moga minggu depan menjadi sem terbaik.
semoga semuanya lancar.mantap.
ameen..

betapa bahagianya hidup.









Tuesday, October 30, 2012

sibuk.sebok.sibok.

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah dah masuk minggu ke 8 untuk semester ke4.
xlama lagi cuti.
Alhamdulillah juga masih bernafas.masih sihat walau kurang sedikit.
dapat demam selsema time kat rumah.
time cuti raya haji kelmarin.
tapi xpe.

minggu ni kembali sibuk.
banyak dah kerja mendatang.
banyak dah assignment mintak disiapkan.
untuk kurangkan timbunan gunung kerja2.
moga dapat selesaikan.
oke semoga semua mampu selesai.

oh khamis ni jemputlah datang dewan pertanian agrobio UPM.
ada presentation report program pertukaran pelajar.
ajak jek.x paksa.
mane tau berminat nk join plak kan.
peace.:P
assalam~

Wednesday, October 24, 2012

BERSYUKUR.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah bangun dengan gembiranya.
tapi terbantut dengan ketiadaan air.
tapi itu dugaan.
sebaik ada air botol.boleh gune sikit untuk subuh td.

then rungutan mula kedengaran.
sabarlah wahai manusia.
terlalu banyak yg diminta dan kelihatan manja disitu,
jangan terlalu meminta berlebihan.
bersyukurlah dengan apa yang telah ada.
banyak lagi orang kat luar sana yang lebih merasai kesusahan.
dari kita yg sudah punya nikmat dan rezeki.
#janganterlalumerungut
nanti Allah tarik nikmat baru tahu macam mana susah.~


Saturday, October 20, 2012

tanggungjawab

Assalamualaikum..
minggu ke minggu telah berlalu.
maka assignment juga sangat sangat sangat sangat banyak.
aku jugak bertambah busy sesangat sangat.
semoga semua dapat diselesaikan dalam waktu yang tepat.
moga teammates juga dapat beri kerjasama untuk aku menyiapkan kerja ni.
jangan bikin tambah stress.

"setiap yang telah dikurnikan tanggungjawab haruslah berusaha menyelesaikannya."

oke selamat menyiapkan assignment pada yg lain.


:)
stress hilang bila buat kerja2 praktikal..
main je lebih.

Friday, October 19, 2012

short~



Assalamualaikum.
wah lama dah tinggalkan ni..
sudah kembali ke alam belajar upm kembali..
sihat.gembira.bahagia.
okay semua Alhamdulillah baik2 semua
kesibukan melanda dan banyak kerja nak kena siapkan.
ditambah line seperti mintak kaki,
jadi tidak begitu rajin.
seperti gambar kat bawah..
aku gembira bahagia dgn kawan2.
semoga terus kekal begitu.
ameen~





credit pada yg tlg tgkp.


credit pd kak ai bogor.maaflah curi gambar ni.:P

Tuesday, July 17, 2012

hey ANDA!yes anda lah!

Assalamualaikum..
entri dibuat sebab merindui anda2 yg terlibat dan menghabiskan masa2 di bogor bersama saya..
menghabiskan banyak masa..
buat banyak aktiviti bersama..menjerit bersama2 saya juga..
berenang bersama saya.berbasikal bersama saya.
semuanya bersama lah..
merayap malam2 padahal cakap kat classmate xkeluar malam.
kehkehkeh..
tp disebabkan budak2 pertanian sekarang menghabiskan sisa shortsem bersama aku..
aku x rindu sgt dorang.
tp kira rindu semua lah.
oke entry xda motip.
hahahahaha..
oke aku sebenarnya saja wat entri untuk SYUHADA..
nak wat dia nangis sikit..
biar dia..padan muka dia nangis..macam dia nangis time pisah dgn pak udin.
aku mula2 dulu x kenal sgt dia ni..
yg aku tau si shila cerita yg syuhada ni satu mrsm dgn dia.
pastu masuk asper bajet jd mak dara dalam kem kt melaka.
kehkehkehkeh,,
gelabah jadi mak dara.sampai sekarang melekat nama dia.
pastu dah terlibat dgn mobility..ktorg kenalah paksa diri rapat dgn semua org
*oke itu tipu*
so kami pon jadi rapat..kenal sorang2 dgn mcm2 kepala..mcm2 hangin yg dorang ada..
pastu kalau awal2 dulu slalu lepak kat jakarta.tido 11orang satu bilik..
korang pernah ke tido rapat2 padat2..
sampai aku ni kena himpit org kiri kanan sbb dorang ingt tempat tido tu besar ke.
bangun tido tgk org sebelah kau rapat giler..
jalan kt tanah abang mcm wat runningman..
giler la..tapi tula kenangan.bukan senang nak dapat.
dah tu 11orang plak tu..
pastu malam2 main badminton,petang2 pagi2 main basikal..
pastu buat masak2 makanan malaysia..
giler sadis..
banyak buat..pastu meroyan dgn dia gelak2 sampai tgh malam.
giler la..banyak la kenangan xdapat cakap kat sini..
tp tulah yg merapatkan kami semua.
mcm tula ktorg kenal diri masing2.
walau ada juga masalah kadang2 tapi sudah adat..
pandai2 selesai..
hati masing2 nak jaga..
oke lah..
aku ni meroyan sebab nk exam biochem..
pastu xda keje,,
aku update la..











oh ni ha syuhadah!!
wek..
kami ni anak angkat mak miun.
hahahahaha



oke rindu semua..
bye..

Monday, July 9, 2012

terima kasih

Assalamualaikum.
sudah dua minggu di bumi malaysia.
namun seminggu lalu masih di rumah tercinta.
seminggu lagi sudah kembali ke upm.
untuk sisa short sem biokimia..
banyak yang berubah sesudah kembali..
banyak saat2 lalu di bogor dirindui.
juga banyak juga teman2 dan karyawan dan lain2 merindui kami.
ahh rindu semua..
rindu masa kami habiskan bersama.
setiap detik akan ada masa yg terisi.
tidak seperti sekarang yg seperti kosong..
tiada aktiviti..menanti dalam bilik.buat entah apa.
bukak fb,twitter..
xda ape2.kejap pop-up chat dr teman2 indonesia.
terima kasih ingt kami.nanti kami ke sana lg.akan coba.
mereka sering bertanya kapan lagi ke indonesia.
I'Allah ada jodoh dan umur panjang kita bertemu lagi.
rindu semuanya..
moga semua dalam keadaan sihat dan baik.
amin~


gambar2 terakhir..















terima kasih buat kenangan semuanya..
semoga bisa ketemu lagi.

*masih lg awkward dgn lidah yg dh kebas ckp indonesia kt sane.