Tuesday, February 22, 2011

aku bangga sahabat ku!

cerita sal sahabat baik aku..
time skolah rendah lg..
dalam 10thun dah persahabatan ni..
alhamdulillah..result stpm yg keluar smlm..
dia berjaya membuktikan yg dia berjaya..
tahniah asuh..aku bgga jdik kwn kau..
walaupun dah lame xjumpe..start skola menengah ktorg pisah..
sbb lain2 skola..
n berita kejayaan dia dlm stpm dlm SINARHARIAN sgt aku kagumi..
tahniah sayang!

cerita dalam paper keluar..

KUALA BERANG - Anak seorang penoreh getah dari Kampung Tok Bintang yang telah ketiadaan bapa berjaya membuktikan ‘kekurangan’ bukan penghalang baginya untuk mencapai keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010, diumumkan semalam.

Tambah membanggakan, Asuhana Yusof Latif, 20, yang mengambil subjek Pengajian Am, Bahasa Malaysia, Syariah dan Sejarah turut mengejutkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Intan serta ibunya sendiri, Shamsiah Ngah, 47, kerana semasa percubaan hanya memperoleh PNGK 2.83.

Shamsiah berkata, walaupun anak ketiga daripada tujuh beradik yang lebih mesra dengan panggilan Kak De di rumah itu kuat belajar, namun dia tidak menyangka akan memperoleh keputusan cemerlang sedemikian.

“Suami saya meninggal kira-kira 10 tahun lalu akibat penyakit tibi dan sejak itu, saya menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

“Sebelum ini Asuhana tinggal bersama bapa saudaranya di Pahang dan kembali bersama saya ketika menuntut dalam Tingkatan Enam,” katanya.

Menurutnya, setiap hari Asuhana hanya menaiki van tambang dengan bayaran RM45 sebulan ke sekolah memandangkan jarak rumah agak jauh. Malah, kebiasaannya anaknya itu akan bangun seawal jam 5 pagi untuk mengulang kaji pelajaran.

“Walaupun sekadar mencari rezeki dengan mengambil upah menoreh di kebun getah milik orang lain, namun saya bersyukur kerana anak termasuk Asuhana tidak pernah merungut. Sebaliknya ia memberi mereka semangat untuk belajar lebih gigih bagi mengubah nasib kami sekeluarga.

“Keputusan diperolehnya hari ini (semalam) diharap mampu menjadi contoh terbaik kepada adiknya yang lain. Sebagai ibu, saya tidak ketinggalan memberi mereka sokongan untuk belajar bersungguh-sungguh,” katanya.

Selingkar kisah kegembiraan ibu tunggal ini dikongsi bersama Sinar Harian sewaktu dia berkunjung ke SMK Tengku Ampuan Intan di sini semalam bagi mengambil slip keputusan STPM 2010 mewakili Asuhana yang kini berada di Temerloh, Pahang sebagai tenaga pengajar kelas al-Quran dan fardu ain.

Sementara itu, Pengetua SMK Tengku Ampuan Intan, Meriam Jusoh berkata, Gred Purata Sekolah pada tahun ini turut meningkat iaitu 2.64 berbanding 2.57 pada tahun lepas
.

dan dia satu2 nye pelajar yg dpt 4flat dlm skola tuh..
tahniah walaupun kau msj aku tp aku tiada berkreditan untuk balas..
tp dah chat kankankan..
skali lg..
tahniah!!!!

No comments:

Post a Comment