SAYA berusia 19 tahun dan berasal dari keluarga sederhana. Dua tahun lalu, ketika ingin menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya mendapat tahu ayah mempunyai hubungan dengan perempuan lain.
Saya mula mengesyakinya pada pertengahan 2008 lalu namun saya bukanlah jenis orang yang hanya berdiam tanpa membuat tindakan.
Apabila tiba bulan Ramadan ketika ayah dan ahli keluarga lain pergi menunaikan solat Tarawih, saya membaca mesej ayah.
Ternyata tekaan dan sangkaan saya selama ini tepat. Sejak daripada itu, sikap saya terhadap ayah sedikit dingin namun tidak sanggup hendak menceritakannya kepada ibu kerana saya yakin hatinya akan luluh.
Kadang-kadang saya terfikir, sebagai isteri tidakkah ibu merasainya seperti mana saya rasai?
Saya tertanya-apa, apakah yang mereka inginkan daripada ayah kerana kami bukanlah hidup dalam kemewahan. Saya sendiri tidak dapat menjamin tindakan saya andai kata berdepan dengan makhluk begini.
Sejak itu, saya amat membenci lelaki yang curang terhadap isterinya sehingga terlalu berhati-hati dalam mencari pasangan kerana tidak ingin kejadian serupa berulang.
Perkara ini membuatkan saya tertekan dan tidak boleh melupakannya walaupun sesaat.
Saya harap Dr dapat membantu menyelesaikan masalah yang menghantui fikiran saya ini sejak bertahun lamanya.
hmmm..tula antara luahan budak tu..
kesian dia..
okela...tu jela nk tulis..
bye2..
kindly deep in my heart,,,,i'm hurt..
buat ko pompuan...ak akn hancurkan ko!!!
eh,,,eh,,eh,,bukan ko oke..jgn nk perasan..
yg pasti bukan ko la,,,BUDAK UPM..
to ulfa..
tq da jdik goog listener..hahahaha...
actually:good listener..
chow..
No comments:
Post a Comment